Assalamualaikum
Wahh..sunyi sepi blog saya ni tanpa sebarang update di lakukan hampir 4 bulan..Begitu juga janggal nya saya rasakan menulis blog ini dalam bahasa melayu. Sebab sebelum ini, saya lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris,bahasa rojak ataupun slang Sabah sahaja. Ini kali pertama saya menggunakan bahasa se'skema ini.Heheheh..So, throughout this entry I will using fully malay..
Entry kali ini saya nak cerita mengenai pengalaman saya menghadiri interview Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi (PPPT) DH41. Seperti anda sedia maklum, jawatan ni kita pohon melalui web Jobsmalaysia tau, melalui pautan ke portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Haa...ni nak explain sikit la sebab ada rakan2 saya yg bingung bagaimana mereka mendapat jemputan interview ni. Dan untuk pengetahuan umum, jawatan ini adalah sebagai Pensyarah d Politeknik, dan memang under government yerr...
So ceritanya, interview saya tu pada 9hb Sept yang lepas,bertempat d Wisma BSN Karamunsing Sabah. Ini yang terpapar pada surat tawaran yg saya terima 2 minggu sebelum interview. Haa..mmg SPP considerate la kiranya sebab mereka bagi surat awal, boleh la ulangkaji sikit utk kepala yg dah rusty sangat ni. Apa lagi macam saya yg tengah bekerja ni,mana ada masa nak ulangkaji sangat. Oh yaa...Seperti dalam tajuk kat atas tu, saya interview bagi bidang Biotech.Fuhhh..Maka saya pun mula la membuat carian kat internet pasal nak buat revision pasal apa..Maklum la, first time nak pegi interview skim DH41.Heheheh...So selepas baca entry blog orang ramai,dapat la gambaran nak study pasal apa.
Menurut blog2 orang yang saya baca, mostly sebut pasal isu semasa dan isu2 yang berkaitan dengan bidang kita. Memang betul laa...so selama 2 minggu tu, saya banyak la sumbat ilmu2 pendidikan dan isu semasa kat dalam kepala otak saya ni. Masa rest time keja,saya gunakan untuk membaca nota2 yang saya print out. Rajin tak? Hahahh..Untuk perkongsian bersama, menurut analisa yang saya buat, kita kena banyak membaca mengenai perkara2 kat bawah ni;
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Teori Pembelajaran
3. Teori dan Kaedah Pengajaran
4. Ciri2 pensyarah
5. GST dan SST
6. Konsep 1 Malaysia
7 Konsep Malaysian Malaysia
8. Dasar Ekonomi Baru
9. NKRA
10. GTP
11. Rukun Negara
12. Wawasan 2020
13. PIPP
14. PSPTN
15. Modal Insan
16. Pelan Transformasi Pendidikan
17. Bajet 2015
18. E-pembelajaran
19. Struktur Pentadbiran Negara
20. Politeknik
Okay...ini hanya separuh saja tau, ada banayk lagi. Selain tu, kena baca dan ambil tahu mengenai isu2 yang tengah panasss kat TV, dan isu2 yg berkaitan bidang anda. Macam saya, setiap malam menghadap TV nak tengok berita.. atuk nenek saya pun heran. Hahaha...Tapi apa salahnya, saya berusaha kan..tuah manusia siapa yang tau.
So, 9hb tu saya skip training (ngam2 time ni tengah busy dengan training di tempat kerja) dan pergi ke interview. Sempat juga buat mini reunion dengan beberapa orang kawan time tengah tunggu interview nak start. Hilang juga rasa nervous tu..Hehehe..awal pagi memang kena pergi Jam7.30 untuk sesi pendaftaran. Haa...time tu jangan lupa tanya sapa panel atau interviewer tu. Bukan apa, kena la ambil tahu nak address mereka macam mana kan. Entah2 datuk ka, Tuan Haji ka, Puan ka, Doktor ka....Kitorang punya sesi tu ada 18 orang untuk bidang Biotech...Duhhh punya ramai..so kitorang di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk mempercepatkan proses interview. (Yang ni memang kami semua terkejut laa sebab interview by group. Baca blog orang,semua interview sengsorang...apakan daya). Tapi untuk setiap group memang makan masa sejam lebih jugak laa..
Saya dalam kumpulan yang ke3 aka yang paling last, jam12 kot baru interview start. Ada 2 orang panel, sorang Tuan Haji wakil dari SPP, sorang lagi Dr wakil dari Politeknik. Macam besala, dia akan minta kita perkenalkan diri..Kami pun perkenalkan diri masing2..Agak lama juga la kitorang d interview, and to my shock, mostly Dr tu yang banyak ajukan soalan berbanding wakil SPP. Means lebih banyak soalan mengenail Biotech la berbanding isu semasa. So, kat bawah ni saya senaraikan secara ringkas soalan2 yang kami terima;
1. Rukun Negara
2. GST
3. Nama2 Perdana Menteri
4. Nama d Pertuan-Agong
5. Apa usaha terbesar untuk interview
6. Apa itu Radioisotope & fungsi dalam Biotech
7. Aplikasi Biotech dalam Kesihatan, industri, makanan, pertanian.
8. Aplikasi pada alam sekitar, biodiversiti
9. Projek LINAS
10. Teknologi Stem Cell
11. Apa itu Biotech? Macam mana nak explain pada org ramai
12. Kelebihan diri dalam bidang Biotech
13. Tisu kultur
Actually banyak lagi...tapi saya dah x ingat dah. Plus mengantuk sikit.hehhehe...Apa pun, nak pegi interview DH41 ni memang kena banyak membaca la..Ada certain org cakap, yang penting jawab dengan yakin. Panel bukan nak dengar sangat jawapan kita. Juz nak tengok keyakinan diri ketika menjawab. Well, saya x kata yang ni salah. Namun saya juga x cakap ianya betul. Secara logiknya, mereka tengah mencari tenaga pengajar yang berkebolehan, berintegriti dan punyai kredibiliti untuk mengajar anak bangsa yang merupakan modal insan negara. Sudah tentu mereka ingin mencari seseorang yang berilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, yakin dalam penyampaian sahaja tidak memadai. Macam sesi kami, Dr wakil dr Poli tu memang muka agak serius dan mementingkan isi dan fakta. Apa pun, mungkin bergantung kepda si penemuduga. Kita x tahu taste dia macam mana. Mereka nak yang berkeyakinan atau nak yang berilmu.. heheheh..Itu saja la komen saya pada kali ni. Next time saya story2 lagi..
Kepada kawan kat luar yang nak pergi interview DH41 atau DH29, good luck yaa..Semoga kita sama2 berjaya!!!!!! =)
Love,
Amie